Saturday, April 12, 2014

kaki game

hye :)


first entry utk d post setelah sekian lama meneyepi. actly blog ni pun bkn ad function sangat pun. cuma baritu bila aku bukak balik blog ni then aku baca balik benda2 lama rasa macam klaka je. haha. so aku rasa better semua pngalaman yg ak penah rasa aku letak kt blog ni. mana la tau nanti aku hilang ingatan je bole aku baca blog ni balik. ehh?


sebenanya bukan tu yg aku nk citer. well pasal assignment sbnanye. haha esaimen. eseimennn..sekarang ni aku dah sem 6. last aku post kt blog ni masa aku sem 2 or 3. apak lama la jugak aku tak post. tp post tu aku hide due to post yg tak berapa open utk dibaca. ahaaa. nak citer yang haritu kami ada buat 1 mini project untuk storytelling. kena buat movie. macam tak kena kan bila course game yang aku amik ni kene buat movie pulak. tp best whatt.drpd ta penah rasa berlakon dpn kamera at last dapat rasa jugak. jd director, jd heroin, jadi extra, jadi kayu, jadi rahim..krik krik. 

these are the actor, director and etc

from left: amira(adela), nisa(minn), aqem(malique), akira(dee), me(eva) <3 i="">

haa. scene ni kami ambik dekat kuala perlis. kebetulan pulak time tu air pasang, so cantik la view dia. citer kitorang ni cliche laa. drama melayu sangattt. pasal sorang lelaki dengan empat orang gadiss.

malique ni budak unimap yang baru je kene kick sbb kne dump dgn pompuan. hidup dia penuh dgn pompuan je. mesti kne ada pompuan, kalau takde hidup dia dah mcm nk nazak dah, separuh gila. so 1st day dia masuk poli. dia bknalan dgn sorang minah nama adela. budak kelas dia. adela ni pendiam. tp dalam diam dia tu sbnanye hantu kongkong dgn gedik. tapi mula2 couple biasala. mnede org tunjuk perangai sebenar terus kan. haha so dorang ni together tal sampai sebulan la. sbb dalam masa dia kenal dgn adela ni seminggu je bdk ni dah start tunjuk prangai dia. aku pun mcm tak paham gak. tp biasala. citer melayu. so abaikan. 

malique ni masa dia couple dgn adela dia bknalan pulak dgn dee. ntah mcm mane dia sbnanye takde niat pun nk tackle dee tu. tp orang cakap. cinta dari mata turun ke hati la kud. maybe dia suka dee sbb prangai dee tu yang beza sgt dgn adela. dee ni nk kate kerek ade la sikit. tp aku rasa dia a bit more open minded la.. dia jenis tak kisah. ape nk jadi jadi la.kesah pulak dia. haa gitteww.

one day ni masa malique tengah teman dee beli barang adela ni selalu call tanya kt mana, dengan sapa, buat apa? kua pkol brapa semua la. masa malique tenga ckp tetiba dee rampas fon tu ckp dia tenga kua dgn malique. so nk abiskan cite cliche ni dorang pun jumpa gadoh2 sume malique jd kayu. da awek gadoh, takkan dia nk camporkan. ..................................so dee pulak yg jd gf malique. haaa lajukan..lpas 1 awek hilang dpt awek lain. sooo drama melayu.

dee ni ade adik, eva. adik dia ni cantik comel okelaa not bad. tapi gagap. dah nak buat mcm mne. tu watak dia. soo masa dee tengah dating dia pg bawak adik dia ni. kenalkan dgn malique tu. eva ni mcm careless sikit la. otak dia lembab. waktu dating tu dia hampir kne langgar dgn kete. tp malique sempat selamatkan dia. haha soo CLICHE. tuptup eva pulak anggap yang malique ni hero diaa.. so dia pun suka la kt malique tu dalam diamm.

lepas dee dapat tau yang malique syok kt eva plak dia pun gadoh la pastu break dgn malique. yeke? ak pun cm konfius siket bile part minn nak masuk. well tak kisah la. minn pun awek malique gak. tah bila muncul. tp mmg awek malique laa. malique kenal dia kt pesbuk. minn ni perangai dia nauzubillah. muka pun menakutkan. haha. mybe sbb makeup. tula orang kata. jgn judge orang brdasarkan rupa. minn ni not bad la. tp tulah. perangai dia yang bad bad bad. dia bukan suka kt malique tu pun. dia suka kt duit bdk tu je. ni hantu kikis. abis boleh dia soh malique jual kete sbb dia nk beli handbag. what the fuuuu. enough minn. malique tak tahan malique putus dgn dia. pastu go on plak dgn eva..

minn dengki, dia pg siasat sape eva tu. pastu dia bgtau kt dee pasal benda ni sume. dee pulak tah kenapa mcm takde iman time tu denga plak bisikan syaitonn pg bunuh eva kt dalam kolam hotel bapak dia.bkn eva je yg dia bunuh. dgn si minn sekali mati kene cekik kt tepi kolam tu. mungkin time tu dia stress bru lepas break sume. dapat tau plak adik dia sendiri kapel dgn ex dia. hmm tragis nye cite ni ;'(

at the nie malique jd mcm tak betul bila dapat tau eva mati kene bunuh. minn mati. eva mati. dee kene masuk dalam hospital gila sbb dah mental sangat dah. adela pulak hilang bawak diri. at last mak malique sendiri yg carikkn jodoh utk dia. pastu dia pun kawen, ok the end kisah cinta yang romantik cliche tragis ni.

jumm i nk share gamba2 masa kitorang tengah shooting ;)







THE END